Update 5 March 2021

14. Kalendar di ruang check out telah diperbaiki. Pelanggan boleh juga memilih lilin / teks harijadi etc. untuk kek. 

15. Penukaran / Edit produk. Boleh dilakukan sekali sebulan. Produk yang tiada jualan boleh ditukar ke item lain. Produk yang sudah ada jualan hanya boleh edit atau "unpublish." 

16. Auto response WhatsApp saya sekarang adalah catalog belian untuk 5 produk vendor. 5 produk ini akan bertukar setiap hari. 

17. Minta tolong / kerjasama untuk tolong share page anda atau page vendor lain. 


Update 25 Januari 2021

13. Promosi / iklan yang dibuat oleh Chillax Ice Station bagi pihak anda (contoh free shipping / 10% / 20%) tidak dikenakan bayaran kepada anda. ie. anda tidak tanggung kos iklan / promosi ini. 

Kalau anda ingin membuat promosi sendiri untuk menarik pelanggan, anda boleh buat dari page anda. Kos akan ditanggung oleh anda. 


Update 24 Januari 2021

1. Tolong check page vendor dan page produk masing2. Pastikan maklumat lengkap, harga etc. semua betul. 

2. Gambar pastikan jelas, tidak gelap. Masa customer beli, tiada perbincangan. Dia akan klik "buy now", dan order akan dihantar kepada anda. 

3. Ada 2 influencer yang akan mula buat post tentang bazaar mulai bulan depan. Mereka akan buat test order melalui website. Pastikan anda sedia, saya tidak tahu vendor mana yang mereka akan pilih. 

4. Iklan bayar sudah bermula. Tolong pastikan anda sedia untuk menerima tempahan. Kalau tidak dapat buat order, tolong bagi tahu awal dan saya akan update masa delivery. Buat masa sekarang, tolong share sebanyak boleh di laman social media anda. 

5. Penerimaan order. Buat masa sekarang, setiap kali ada order, anda akan menerima WhatsApp dengan order # dan maklumat customer. 

6. Bayaran. Untuk item post, bayaran akan diberi selepas nombor tracking diberi. Untuk item delivery, bayaran akan diberi selepas nombor rujukan / bukti penghantaran diberi. Ini untuk pastikan order akan dihantar. Sebab sudah ada 2 kes, vendor lupa hantar. Tolong track order anda menggunakan calendar. Selepas mesej WhatsApp dihantar tiada peringatan lain yang akan diberi. 

7. Bayaran melalui kad antarabangsa telah dihentikan sebab mengambil masa terlalu lama. Yang gunakan kad antarabangsa, mereka akan digalakkan untuk mengguna GrabPay atau Touch & Go. Dua2 app ini mengambil masa 1-2 hari bekerja untuk duit masuk. 

8. Testing period untuk website akan sambung sehingga 31hb Januari. Setakat ini kebanyakan masalah yang timbul (isu courier, bayaran melalui website dan isu alamat) sudah dapat diselesaikan. 

9. Fungsi dan objektif page vendor: one-stop centre untuk customer carikan anda dan produk anda. Untuk mereka yang tiada website, ini boleh fungsi sebagai e-katalog untuk bisnes anda. Lagi sekali, tolong pastikan maklumat lengkap. 

10. Kalau ada customer yang order atau ada pertanyaan, dan tak dapat cari nombor WhatsApp saya, tolong suruh mereka klik butang "Contact" di ruang menu. 

11. Waktu PKP, kalau anda tidak ada SSM, tolong guna servis penghantaran untuk delivery. Surat kebenaran dari polis / MITI adalah wajib. 

12. Kalau ada pertanyaan atau feedback lain, tolong WhatsApp 0162081203