ORANGE CAKE
MEMBUAT 1 KEK (8")
PREP 30 MINIT | BAKAR 40 MINIT
TAHAP KEMAHIRAN: SENANG
ANGGARAN KOS: RM20-RM30
BAHAN:
180g unsalted butter
180g gula caster
3 telur (grade A/B)
Secubit garam
65g kulit oren dihiris / parut halus (rind)
180g tepung self-rising (boleh buat sendiri, rujuk PJJ DIY Ingredients)
45g jus oren
TOPPING (PILIHAN ANDA):
Hirisan orange nipis digaul dengan tepung dan letak di atas adunan SEBELUM BAKAR.
KAEDAH:
Panaskan ketuhar kepada 175 darjah C. Sapu dulang kek empat segi 8" dengan mentega, tutup dengan baking paper.
Gunakan mixer pada kelajuan sederhana untuk pukul butter dan gula caster sehingga berkrim dan gebu. Ie. butter bertukar warna ke kuning pudar.
Tambah telur, satu telur pada satu masa dan pukul sehingga sebati selepas setiap telur.
Tambah garam dan kulit orange, pukul 1-2 minit.
Ayak tepung ke dalam adunan dan kaup dengan spatula dari bawah ke atas.
Tambah jus orange, kaup dan tuangkan adunan ke dalam loyang.
Kalau nak letak hirisan orange di atas kek, tos hirisan orange dalam sedikit tepung. Letakkan di atas adunan kek.
Bakar selama 30-40 minit, api atas bawah, sehingga lidi yang dicucuk di tengah kek bersih.
Keluarkan dan biarkan sejuk dalam dulang untuk 10 minit sebelum keluarkan.