ASAL MUFFIN: ENGLAND - muffin disebut pertama kali pada tahun 1851 dalam majalah London Labour
ASAL MORNING GLORY MUFFIN - NEW ENGLAND, USA. Dibuat oleh Chef Pam Mckinstry di cafe yang dimiliki oleh dia dari tahun 1974 hingga 1994. Muffin ini adalah gabungan kek carrot dan kek epal.
>Perbezaan antara cupcake dan muffin: Semua cupcake dibuat manis. Muffin boleh menggunakan bahan savori. Cupcake dibuat menggunakan mentega. Muffin boleh dibuat menggunakan minyak. Cupcake selalunya ada frosting / hiasa buttercream. Muffin selalunya dihidang tanpa topping. Cupcake menggunakan tepung naik sendiri atau cake flour. Muffin menggunakan tepung serbaguna. Muffin lebih padat daripada cupcake. Secara am, kalau adunan boleh dituang dalam dulang kek dan menghasilkan kek, ia adalah cupcake.
MEMBUAT 16-18 MUFFIN
PREP 30 MINIT | BAKAR 20-30 MINIT
TAHAP KEMAHIRAN: SENANG
ANGGARAN KOS: RM18-RM25
MAKLUMBALAS DARI PELANGGAN: *Resipi ini diberi oleh customer saya dari New Zealand di mana Morning Glory muffins sangat popular untuk hidangan sarapan pagi. Baru mula jual minggu lepas dan setakat ini ramai customer suka muffin ini apabila ada topping cream cheese. - Chef Christine
UNTUK LITTLE CHEF, boleh digunakan untuk budak-budak dari 6 tahun ke atas: Akan belajar menghasilkan muffin berasaskan buah dan rempah.
BAHAN:
260g tepung serbaguna (Baker's choice, boleh diganti dengan tepung superfine)
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk halia
1/2 sudu teh garam
65g walnut, dipotong kasar
3 telur (grade A/B)
150g gula perang
150ml minyak jagung (Daisy)
1 sudu teh kulit buah oren dihiris halus (orange zest)
60ml jus oren (jus dari buah)
1 sudu teh vanila esen
75g raisin (currant atau sultana, nak campur dua2 pun boleh)
260g carrot, dihiris halus
140g epal hijau, dihiris halus
HIASAN:
Cream cheese frosting dan walnut dihancur halus
KAEDAH:
1. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah C. Sapu butter di muffin tray atau sediakan muffin cup / cupcake holder.
2. Rendam raisin dalam air suam untuk 5 minit.
3. Ayak tepung. Tambah baking soda, serbuk kayu manis, serbuk halia, garam dan walnut. Guna whisk tangan atau sudu untuk campurkan semua bahan. Tepikan.
4. Dalam mangkuk asing: masukkan telur, gula perang, minyak, kulit buah oren, jus oren dan vanilla esen. Pukul dengan mixer pada kelajuan perlahan sehingga sebati. i.e. setakat bahan2 campur sahaja.
5. Campurkan bahan basah dengan bahan kering. Kacau dengan sudu sehingga sebati.
6. Tambah raisin (keluarkan dari air), hirisan carrot dan hirisan epal.
7. Kacau dengan sudu, pastikan tiada ketulan tepung di bawah mangkuk.
8. Masukkan adunan dalam muffin tray atau muffin cup yang disediakan. Saya menggunakan 1 aiskrim scoop untuk satu cawan. Boleh isi muffin cup 1/2 atau sehingga penuh.
9. Bakar pada suhu 200 darjah C untuk 8-10 minit. Tanpa buka oven, tukar suhu ke 180 darjah C dan bakar untuk lagi 20 minit.
10. Muffin masak apabila lidi yang dicucuk keluar bersih. Keluarkan dan biarkan sejuk. Boleh hias dengan cream cheese frosting.
TIPS TAMBAHAN:
1. Jangan overbeat adunan atau guna mixer pada kelajuan tinggi. Udara diperlukan untuk muffin mengembang.
2. Gunakan skoop aiskrim untuk mengisi muffin cup untuk pastikan setiap cawan sama rata.
3. Ketuhar mesti di pre-heat.
4. Jangan buka oven sebelum muffin siap untuk pastikan ruang udara dalam adunan tidak pecah.
5. Kalau membuat muffin dalam dulang besi, keluarkan selepas 2-3 minit apabila dikeluarkan dari oven. Haba dari dulang besi akan sambung masak cupcake dan mungkin membakar bahagian tepinya.